( dengan kebenaran
Sekretariat Pembangunan Modal Insan,
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor 2008 )
MUQADDIMAH
Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa untuk melahirkan insan dan masyarakat yang cemerlang secara holistik memerlukan pembangunan bersepadu terhadap lima unsur kecerdasan utama:- Spiritual,’Physical’, Intelektual, Emosional dan Sosial. ( SPIES )
Kecerdasan spiritual adalah merupakan unsur asas yang akan menentukan keberkesanan peribadi iaitu kecerdasan intelektual, fisikal dan emosional. Individu yang cerdas spiritualnya adalah individu yang dapat mengenali diri dan potensi diri dengan mengenali erti kehidupan dan sistem nilai melalui perhubungannya dengan tuhan. Mempercayai dan mencintai tuhan adalah mencintai diri sendiri dan semua insan dan makhluk yang juga mempunyai perhubunganya dengan tuhan. Kesatuan inilah yang menjadi asas kepada perpaduan dan kecintaan sesama insan dan makhluk.
Kecerdasan ‘physical’ perlu bagi pembentukan intelek, ketahanan diri dalam menghadapi segala cabaran dan tekanan, serta menjaga kesihatan diri bagi melaksanakan apa jua tindakan yang dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Kecerdasan Intelek bukan sahaja bererti daya pemikiran individu tetapi harus juga dinilai dari segi tujuan dan matlamat pemikiran tersebut. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi tanpa menimbangkan matlamat atau kesannya kepada orang lain, sama ada memberi kesan yang baik atau buruk adalah merupakan daya pemikiran yang tidak cerdas. Individu yang memberi idea bagi penyelesaian masalah tidak dikata cerdas intelek jika penyelesaian tersebut hanya meguntungkan diri sendiri sahaja tetapi merugikan orang lain. Ini bermakna bahawa potensi kecerdasan intelek individu akan dipengaruhi secara langsung oleh emosi dan sistem nilai termasuk nilai etika individu tersebut.
Prinsip utama:- Wawasan dan Matlamat berasaskan Nilai, Pemikiran secara kolaboratif, Proaktif dan Kreatif serta Pembelajaran berterusan.
Kecerdasan emosi merupakan kebijaksaan individu untuk menyedari dan mengawal emosi dan kesannya terhadap diri dan orang lain. Prinsip utama:- Membebaskan diri dari belengu dan membentuk serta menzahirkan sifat-sifat empati, motivasi, saling mempengaruhi ke arah yang baik, sabar, bertimbang rasa (compassion) dan Kemahiran bertindak dalam keadaan positif dan negatif.
Kecerdasan sosial merujuk kepada kemampuan individu bertindak secara bijaksana dalam perhubungan interpersonal. Daniel Goleman(2006) menerangkan bahawa kecerdasan sosial tidak hanya bergantung kepada aspek kognitif termasuk kemahiran sosial tetapi juga kepada aspek bukan kognitif termasuk empatik, altruisme dan keperdulian. Ini bermakna individu akan bertindak secara kolaboratif atau win-win dalam perhubungan sosial secara formal atau tak formal.
ABSTRAK
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor telah merangka dan memperkenalkan pelan strategik pembangunan modal insan Negeri Selangor. Pelan strategik ini mengemukakan teras pembangunan modal insan Selangor menggunakan elemen Spritual, Physical, Intelektual, Emosional dan Sosial. Elemen-elemen ini dikenali dengan akronim SPIES.
SPIES IPT merupakan salah satu modul yang terdapat dalam Pakej Modul Pembangunan Modal Insan SPIES Negeri Selangor. Golongan mahasiswa merupakan salah satu aset utama dan penting Kerajaan Negeri Selangor. Golongan ini mempunyai pelbagai potensi kekuatan diri yang boleh dijana untuk membangunkan kecemerlangan diri mereka sendiri, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Siswa ini mesti dibangunkan rohaninya, mindanya, emosinya serta fizikalnya kerana mereka ini merupakan golongan pemimpin masa depan Selangor dan Malaysia.
Pada tahap pertama ini, modul SPIES IPT akan mengemukakan program-program berbentuk syarahan, diskusi, interaksi dan simulasi dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan kekuatan dalaman siswa yang merangkumi aspek spiritual, intelektual dan emosional. Dengan membangunkan unsur-unsur spiritual, intelektual dan emosional ini, para siswa dijangkakan mampu membangunkan potensi yang ada pada diri mereka dan bersedia memberi sumbangan sosial yang bermakna kepada masyarakat kampus khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya.
Justeru, potensi diri dan kekuatan dalaman siswa ini mesti dibangunkan demi kelestarian kepimpinan masa depan. Para peserta diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengoptimumkan potensi diri supaya dapat membentuk siswa berketerampilan dalam menghadapi cabaran semasa.
OBJEKTIF
Modul ini dirangka khusus untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membangunkan golongan mahasiswa. Modul yang telah dirangka, dibangunkan dan dikemukakan ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama:
i. Memberi pendedahan mengenai aspirasi Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan golongan siswa berteraskan elemen-elemen SPIES.
ii. Membentuk asas kecerdasan spiritual yang mampu membangunkan kecerdasan emosi, intektual, fizikal dan sosial secara seimbang. Seluruh potensi yang ada pada diri siswa akan dapat dibangunkan secara optima dan menghasilkan siswa yang cemerlang di dalam bidang yang diceburinya.
iii. Menghasilkan siswa memberi sumbangan sosial secara serius dan signifikan kepada masyarakat kampus, kerajaan negeri dan rakyat Selangor akibat dari pembangunan kecerdasan spiritual dan emosi.
KUMPULAN SASARAN
Mahasiswa Selangor yang bakal menerima Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Selangor merupakan kumpulan sasaran Modul SPIES IPT yang dibangunkan ini.
JANGKA MASA
Modul Program Pandu-Siswa ini akan mengambil masa selama 2 hari 1 malam.
KANDUNGAN MODUL
Modul Program Pandu-Siswa ini dibahagikan kepada dua unit utama yang mengandungi unit umum dan unit kandungan. Unit umum bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa berkenalan dan bermesra dikalangan mereka, mendapatkan maklumat kefahaman dan pendirian siswa mengenai potensi diri mereka, realiti kehidupan kampus dan luar sebelum dan selepas mengikuti kursus ini, dan memperolehi maklumbalas dan penilaian daripada siswa mengenai keberkesanan modul yang dikemukakan bagi penambaikan modul pandu–siswa ini.
Unit kandungan bertujuan untuk memberi latihan khusus kepada siswa untuk mencapai objektif modul yang telah digariskan.
A. Unit Umum
1. Majlis Suai Kenal dan Ramah Mesra
2. Ujian Pra/Pasca
3. Ujian Penilaian
B. Unit Kandungan
Unit 1: Pembangunan Spiritual, Emosi dan Intelektual
1. SPIES: Aspirasi Kerajaan Selangor
2. Mengenali dan meyakini kewujudan Tuhan dan hakikat kekerdilan hamba sebagai asas kecerdasan spiritual
3. Mengenali dan menerokai potensi diri
4. Kecerdasan Emosi - Mengenali Halangan Emosi di dalam membangun potensi diri
5. Amanah dan Tanggungjawab - Mengenali dan membangun kecerdasan sosial dan fizikal melalui amanah dan tanggungjawab
6. Program Pembentukan Potensi Diri yang menyeluruh di dalam membangunkan kecerdasan SPIES secara seimbang
7. Pelan Tindakan Kejayaan Peribadi
Unit 2: Aktiviti Pemantapan Spiritual, Emosi dan Intelektual
1. Simulasi melalui slot-slot yang ditetapkan
2. Refleksi
3. Nasyid
4. Bacaan Doa
5. Qiyammulail
6. Kuliah Subuh
7. Solat Berjemaah
8. Program Riadah / Outdoor
untuk maklumat lanjut sila hubungi :
R.E.Z. TRAINING CONSULTANT SDN. BHD.
(589742-D)
No. 10-2,
Jalan Opera ‘C’, U2/C,
Taman TTDI Jaya, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 78471514 / 78463957
Fax: 03 – 78471649